Setiap semester Jabatan Matematik memerlukan khidmat penunjukajar sambilan untuk mengendalikan kelas tutorial atau kelas amali komputer bagi kursus yang memerlukannya. Kursus tersebut seperti MTH3100(Kalkulus), MTH3200(Aljabar), MTH3004(Peng. Matematik dlm Ekonomi dan Perniagaan), MTH3102(Persamaan Pembezaan), MTH3202( Pengenalan Kepada Aljabar Moden ), MTH3003(Statistik bagi Sains Gunaan ), MTH3401(Kebarangkalian dan statistik I ), MTH3500( Pengaturcaraan komputer dalam matematik), MTH3405( Penggunaan Pakej Statistik), MTH3201( Aljabar linear), MTH3101( Kalkulus lanjutan) dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan pelajar yang ramai serta bilangan kursus yang memerlukan penunjukajar yang banyak menyebabkan bilangan penunjukajar yang ramai diperlukan. Oleh itu, kepada anda yang berkelayakan dan berminat dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut.
Anda perlukan Acrobat Reader untuk membuka dokumen
Kelayakan:
- Bagi pelajar, anda mesti berada disemester 5 atau tahun akhir pengajian
- CGPA hendaklah 2.700 keatas diperingkat ijazah pertama
- Bagi kursus yang ingin diajar, anda mesti memperolehi sekurang-kurangnya gred B bagi kursus tersebut diperingkat ijazah pertama
- Anda tidak dibenarkan memohon/mengendalikan 2 kursus dalam satu masa di UPM
- Bagi pelajar(belum bergraduat), anda hanya dibenarkan mengendalikan kelas maksimum 4 jam dalam seminggu manakala bagi yang telah bergraduat anda hanya dibenarkan mengendalikan kelas maksimum 3 jam seminggu.
- Sila klik di sini untuk peraturan seterusnya
- Sila klik di sini untuk memohon secara on-line. Borang permohonan ISO perlu diisi walaupun permohonan secara on-line telah dibuat.
- Sila dapatkan borang permohonan dengan mengklik link di bawah
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
- Kepilkan sijil-sijil yang berkaitan serta keputusan setiap semester bagi peringkat ijazah pertama. Sertakan gambar terkini diruang yang disediakan untuk gambar.
- Kegagalan anda mengisi maklumat dengan lengkap menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
- Borang juga boleh diperolehi di Pejabat Am, Jabatan Matematik
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada saya atau e-melkan kepada saya razak@fsas.upm.edu.my
- Borang ini perlu diisi sebaik sahaja kelas tutorial bermula bertujuan sebagai rujukan kepada Pensyarah untuk membuat tindakan sewajarnya.
- Setiap kelas tutorial atau amali, kehadiran pelajar mesti diambil atau direkodkan dengan menggunakan borang format ISO
- Setiap akhir bagi setiap bulan adalah menjadi tanggungjawab penunjukajar untuk menyerahkan rekod kehadiran pelajar kepada penyelaras kursus.
- Dapatkan borang tuntutan di pejabat am atau klik di sini
- Tuntutan hanya boleh dibuat setelah surat tawaran dikeluarkan oleh pejabat dekan
Sila hubungi
Norfifah Bachok@Lati
Penyelaras Penunjukajar
Jabatan Matematik
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
Tel. : 03 89466849
e-mel: norfifah@fsas.upm.edu.my
Laman web: http://fsas.upm.edu.my/~norfifah